Saturday, June 4, 2011 ♔ 0 Comment ?
Assalamualaikum . Pada hari yang indah ini, saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya di tempat asing 
Saya telah berkunjung ke Kemaman di rumah sahabat karib saya, Mimi . 


Dia menjemput saya di sebuah pasar raya yang sangat besar iaitu pasaraya Giant . Saya rasa sangat seronok dan teruja untuk berjumpa dengannya . Saya rasa macam dunia ini saya yang punya . Saya pun menaiki kenderaan yang dipandu oleh kakak saudaranya atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Long . Tanpa melengah-lengahkan masa, kami semua meneruskan perjalanan . 


Kami juga singgah ke rumah datuk dan nenek Mimi untuk menjemput datuknya ke Kemaman . Di sepanjang perjalanan itu, kami terpaksa menahan diri dari ketawa kerana gelagat datuknya yang menghiburkan hati . Pelbagai lawak jenaka yang di ceritakan olehnya . Semua yang mendengar pasti tidak kering gusi . 


Sesampainya saya disana, saya disambut baik oleh ahli keluarga Mimi . Mereka sangat pemurah dengan senyuman . Gigi mereka sangat putih dan berseri . Memandangkan saya menipu, sila lah percaya . 
Ashue yang merupakan saudara Mimi mempelawa saya masuk ke dalam biliknya . Saya pun bergegas masuk kerana saya khuatir saya akan dimarahi . Pada malam itu, saya telah kehabisan prabayar Maxis . Kemudian, saya segera menuju ke kedai yang berdekatan bersama-sama dengan Aby . Kami ke sana dengan menaiki sebuah motobasikal . Semasa itu, angis sedang sepoi-sepoi bahasa . Angin terus meniup rambut saya yang panjang lagi cantik itu . 


Keesokkan harinya, kami menuju ke rumah Mimi dan Aby kerana mereka mengadakan satu majlis . Saya berasa sangat gembira setelah melihat nasi minyak yang begitu banyak . Nama saintifik bagi nasi minyak ialah 'oil rice' . Saya sangat menggemari nasi minyak yang dimakan bersama ayam masak merah dan juga kuah gulai daging . Ia cukup untuk menambah selera makan saya dan sekali gus menaikkan berat badan saya . 


Tamatlah sahaja tentang pengalaman saya di tempat asing . Seluruh anggota badan saya telah lesu dan tidak bermaya . Saya amat berharap agar anda dapat menghayati kisah saya yang comel ini dengan baik . 


Dear God, Thanks for this beautiful life :)




Older Post . Newer Post